Banglo No. 99

Banglo No. 99 ialah filem seram thriler Malaysia 2019 arahan Khir Mohd Noor. Berdasarkan daripada mitos yang mengelilingi 99 Mansion Nibong Tebal, filem ini memfokuskan kepada kediaman Tengku Izzudin Shah, yang tinggal di sana bersama isteri dan anaknya. Malangnya, semua ahli keluarganya meninggal secara misteri.[1] Filem ini ditayangkan pada 12 Disember 2019.[2]